Kasih Seorang Ibu
Kasih seorang Ibu. Jalannya sudah ter-titih2, kerana usianya sudah lebih dari 70 thn, sehingga kalau tidak perlu sekali, jarang ia boleh dan mahu keluar rumah. Walaupun ia mempunyai seorang anak perempuan, ia harus tinggal di rumah buruk, kerana kehadirannya tidak di-inginkan. Masih teringat olehnya, betapa berat penderitaannya ketika akan melahirkan puterinya. Ayah dari anak tersebut keluar setelah tidak mahu bertanggung jawab atas perbuatannya.
Disamping itu keluarganya menuntut agar ia menggugurkan bayi yg belum dilahirkan, kerana keluarganya merasa malu mempunyai seorang puteri yang hamil sebelum nikah, tetapi ia tetap mempertahankannya, oleh sebab itu ia diusir dari rumah orang tuanya. Selain aib yang harus di tanggung, ia pun harus bekerja berat di kilang untuk membiayai hidupnya. Ketika ia melahirkan anaknya, tidak ada seorang pun yang mendampinginya. Ia tidak mendapat kucupan manis mahupun ucapan selamat daripada orang lain, yang ia dapatkan hanya cemohan, kerana telah melahirkan seorang bayi haram tanpa bapa.
Walaupun demikian ia merasa bahagia sekali atas berkat yang didapatkannya dari Tuhan di mana ia telah dikurniakan seorang puteri. Ia berjanji akan memberikan seluruh kasih sayang yg ia miliki hanya untuk putrinya seorang, oleh sebab itulah puterinya diberi nama Love - Kasih. Siang ia harus bekerja berat di kilang dan di waktu malam hari ia harus menjahit sampai jauh malam, kerana itu merupakan pendapatan tambahan yg ia boleh dapatkan.
Kadang-kadang ia harus menjahit hampir jam 2 pagi, tidur hanya 4 jam sehari itu adalah sesuatu kemewahan yg tidak pernah ia dapatkan. Bahkan Sabtu Minggu pun ia masih bekerja menjadi pelayan restaurant. Ini ia lakukan semua agar ia boleh membiayai kehidupan mahupun yuran sekolah anaknya yg tercinta. Ia tidak mahu berkahwin lagi, kerana ia masih tetap mengharapkan, bahawa pada suatu saat ayah dari puterinya akan datang balik kembali kepadanya, disamping itu ia tidak mahu memberikan ayah tiri kepada putrinya.
Sejak ia melahirkan anaknya ia menjadi seorang vegetarian, kerana ia tidak mahu membeli daging, itu terlalu mahal baginya, wang untuk daging yang sekeping ia boleh beli, ia sisihkan untuk putrinya. Untuk dirinya sendiri ia tidak pernah mahu membeli pakaian baru, ia selalu menerima dan memakai pakaian bekas pemberian orang, tetapi untuk puterinya yang tercinta, hanya yg terbaik dan terbagus ia berikan, mulai dari pakaian termasuk makanan.
Pada suatu saat ia jatuh sakit, demam panas. Cuaca diluar sangat dingin sekali, kerana pada saat itu musim sejuk sempena hari Natal. Ia telah menjanjikan untuk memberikan basikal sebagai hadiah Krismas untuk putrinya, tetapi ternyata wang yg telah dikumpulkannya belum mencukupinya. Ia tidak ingin mengecewakan puterinya, maka dari itu walaupun cuaca diluaran dingin sekali, bahkan dlm keadaan sakit dan lemah, ia tetap memaksa diri untuk keluar rumah dan bekerja.
Sejak saat tersebut ia kena penyakit batu berdarah, sehingga sering sekali badannya terasa sangat sakit sekali. Ia ingin memanjakan anaknya dan memberikan hanya yg terbaik bagi putrinya walaupun untuk ini ia harus berkorban, jadi dalam keadaan sakit ataupun tidak sakit ia tetap bekerja, selama hidupnya ia tidak pernah bercuti bekerja demi anak perempuannya yg tercinta.
Kerana perjuangan dan pengorbanannya akhirnya putrinya boleh melanjutkan pelajarannya di luar kota. Disana putrinya jatuh cinta kepada seorang pemuda dari seorang berdarjat dan berpangkat. Putrinya tidak pernah mahu mengakui bahawa ia masih mempunyai orang tua. Ia merasa malu bahawa ia ditinggalkan oleh ayah kandungnya dan ia merasa malu mempunyai seorang ibu yg bekerja hanya sebagai tukang pencuci piring di restaurant. Oleh sebab itulah ia mengaku kepada calon suaminya bahawa kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia.
Pada saat putrinya berkahwin, ibunya hanya boleh melihat dari jauh dan itupun hanya pada saat upacara pernikahan di masjid sahaja. Ia tidak di undang, bahkan kehadirannya tidaklah di inginkan. Ia duduk di sudut kerusi yang paling belakang di masjid, sambil mendoakan agar Tuhan selalu melindungi dan memberkati putrinya yg tercinta. Sejak saat itu bertahun-tahun ia tidak mendengar khabar dari putrinya, kerana ia dilarang dan tidak boleh menghubungi putrinya. Pada suatu hari ia membaca di akhbar bahawa anaknya telah melahirkan seorang putera, ia merasa bahagia sekali mendengar berita bahawa ia sekarang telah mempunyai seorang cucu.
Ia sangat rindukan sekali memeluk dan medokong cucunya, tetapi ini tidak mungkin, sebab ia tidak boleh pergi rumah putrinya. Untuk ini ia berdoa tiap hari kepada Tuhan, agar ia boleh mendapatkan kesempatan untuk melihat dan bertemu dengan anak dan cucunya, kerana keinginannya sedemikian besarnya untuk boleh melihat putri dan cucunya, ia melamar dengan menggunakan nama palsu untuk menjadi tukang di rumah keluarga putrinya. Ia merasa bahagia sekali, kerana lamarannya diterima dan dibenarkan bekerja disana. Dirumah anaknya ia boleh menggendong cucunya, tetapi bukan sebagai Nenek dari cucunya melainkan hanya sebagai ibu pembantu dari keluarga tersebut. Ia merasa berterima kasih sekali kepada Tuhan, bahawa ia permohonannya telah dikabulkan.
Dirumah anaknya, ia tidak pernah mendapatkan perlakuan khusus, bahkan binatang kesayangan mereka jauh lebih dikasihi oleh putrinya daripada dirinya sendiri. Disamping itu sering sekali di marahi dan dimaki oleh putri dari anak darah dagingnya sendiri, kalau hal ini terjadi ia hanya boleh berdoa sambil menangis di dalam biliknya yg kecil dibelakang dapur. Ia berdoa agar Tuhan mahu mengampuni kesalahan anaknya, ia berdoa agar hukuman tidak dilimpahkan kepada putrinya, ia berdoa agar hukuman, itu adalah saja kepadanya, kerana ia sangat menyayangi putrinya.
Setelah bekerja bertahun-tahun sebagai tukang pembantu rumah tanpa ada orang yang mengetahui siapa dirinya dirumah tersebut, akhirnya ia menderita sakit dan tidak boleh bekerja lagi. Mertuanya merasa berhutang budi kepada pelayan tuanya yg setia ini sehingga ia memberikan peluang untuk menjalankan sisa hidupnya di rumah jagaan. Puluhan tahun ia tidak boleh bertemu lagi dgn putri kesayangannya. Wang pencen yang ia dapatkan selalu ia sisihkan dan tabung untuk putrinya, dgn pemikiran siapa tahu pada suatu saat ia memerlukan bantuannya.
Pada tahun lepas beberapa hari sebelum hari Krismas, ia jatuh sakit lagi, tetapi ini kali ia merasakan bahawa saatnya sudah tidak lama lagi. Ia merasakan bahawa ajalnya sudah mendekat. Hanya satu keinginan yg ia dambakan sebelum ia meninggal dunia, ialah untuk bertemu dan boleh melihat putrinya sekali lagi. Disamping itu ia ingin memberikan seluruh wang simpanan yg ia telah kumpulkan selama hidupnya, sebagai hadiah terakhir untuk putrinya.
Suhu diluar telah mencapai 17 darjah di bawah sifar dan salji pun turun dgn lebatnya, jangankan manusia anjing pun pada saat ini tidak mahu keluar rumah lagi, kerana diluar cuacanya sangat sejuk, tetapi Nenek tua ini tetap memaksa diri untuk pergi ke rumah anak perempuannya. Ia ingin bertemu dgn puterinya sekali lagi umtuk yg terakhir. Dgn tubuh menggigil kerana kedinginan, ia menunggu datangbas sehingga berjam-jam diluar. Ia harus dua kali menaiki bas, kerana jarak rumah jagaan tempat dimana ia tinggal letaknya jauh dari rumah putrinya. Satu perjalanan yang jauh dan tidak mudah bagi seorang nenek tua yg berada dalam keadaan sakit.
Setiba dirumah anak perempuannya dalam keadaan lelah dan kedinginan ia mengetuk rumah putrinya dan ternyata anaknya sendiri yg membuka pintu rumah besar dimana putrinya tinggal. Apakah ucapan selamat datang yg diucapkan putrinya? Apakah rasa bahagia bertemu kembali dengan ibunya? Tidak! Bahkan ia di tegur: "Kamu sudah bekerja di rumah kami puluhan tahun sebagai pembantu, apakah kamu tidak tahu bahawa untuk pembantu ada pintu khusus, ialah pintu belakang rumah! "
"Nak, Ibu datang bukannya untuk bertamu melainkan hanya ingin memberikan hadiah untukmu. Ibu ingin melihat kamu sekali lagi, mungkin untuk kali yang terakhir, bolehkah saya masuk sebentar saja, kerana diluar dingin sekali dan salji tengah turun. Ibu sudah tidak kuat lagi nak! "Kata wanita tua itu. "Maaf saya tidak ada masa, disamping itu sebentar lagi kami akan menerima tetamu seorang pegawai tinggi, lain kali saja. Dan kalau lain kali mahu datang telefon dahulu, jangan sembarangan datang begitu saja! "Ucapan putrinya dengan nada kesal. Setelah itu pintu di tutup dengan keras. Ia mengusir ibu kandungnya sendiri, seperti juga mengusir seorang pengemis. Tidak ada rasa kasih, jangankan kasih belas kasihan pun tidak ada.
Setelah beberapa saat kemudian loceng rumah bunyi lagi, ternyata ada orang mahu pinjam telefon dirumah anak perempuannya "Maaf Bu, mengganggu, bolehkah kami pinjam telefon sebentar untuk menelefon ke balai polis, sebab dihadapan bas ada seorang nenek meninggal dunia, rupanya ia mati kesejukan!" Wanita tua ini mati bukan hanya kesejukan jasmaniahnya saja, tetapi juga perasaannya. Ia sangat merindui sekali kehangatan dari kasih sayang putrinya yg tercinta yg tidak pernah ia dapatkan selama hidupnya.
Ibu saya tidak celik komputer, bahkan beliau seorang wanita yg buta huruf, tetapi untukperibadi beliau adalah wanita yang paling hebat, dimana sampai dengan detik ini masih boleh belajar dari padanya. Belajar memberi dan membahagikan kasih tanpa meminta balasan. Ibunya menderita sakit kanser, tetapi ia tidak pernah mengeluh. Tiap kali saya menelefon Ibu, soalan standard selalu diajukan kepada saya: "Apa yang ibu boleh bantu untukmu nak? "Ia tidak memohon untuk dirinya sendiri dalam doanya, yg ia utamakan selalu hanyalah kami anak-anaknya! Ia selalu mendoakan kami siang dan malam.
Maka dari itulah , Ibu saya adalah wanita yang tercantik sejagat raya, melebihi daripada artis. Seorang Ibu melahirkan dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan pamrih apapun juga.
Seorang Ibu boleh dan mampu memberikan waktunya 24 jam sehari bagi anak-anaknya, tidak ada perkataan siang maupun malam, tidak ada perkataan lelah ataupun tidak mungkin dan ini 366 hari dlm setahun.
Seorang Ibu mendoakan dan mengingat anaknya tiap hari bahkan tiap minit dan ini sepanjang masa. Bukan hanya setahun sekali sahaja pada hari-hari tertentu. Kenapa kita baru boleh dan mahu memberikan bunga mahupun hadiah kepada Ibu kita hanya pada waktu hari ibu sahaja "sedangkan di hari-hari yang lain tidak pernah mengingatnya, memberikan hadiah, untuk menelefon saja kita tidak punya waktu. Kita akan dapat lebih membahagiakan Ibu kita apabila kita mahu memberikan sedikit waktu kita untuknya, waktu nilainya ada jauh lebih besar daripada bunga mahupun hadiah.
Renungkanlah:
Bila kita terakhir kali menelefon Ibu?
Bila kita terkini mengundang Ibu?
Bila kali terakhir kita mengajak Ibu jalan-jalan?
Dan bila kali terakhir kita memberikan kucupan manis dgn ucapan terima kasih kepada Ibu kita?
Dan bilakah kita kali terakhir berdoa untuk Ibu kita?
Berikanlah kasih sayang selama Ibu kita masih hidup, percuma kita memberikan bunga mahupun tangisan apabila Ibu telah berangkat, kerana ibu tidak akan dapat melihatnya lagi.
When Mother prayed, she found sweet rest,
When Mother prayed, her soul was blest,
Her heart and mind on Christ were stayed,
And God was there when Mother prayed!
Our thanks, O God, for mothers Who show, by word and deed, Commitment to Thy will and plan And Thy commandments heed.
A thousand men may build a city, but it takes a mother to make a home.
Apabila anda mengasihi Ibunda anda sebarkanlah tulisan ini kepada rakan-rakan lain, agar mereka juga sedar selama Ibunda mereka masih hidup berikanlah bakti kasih anda kepada Ibunda terkasih sebelum semuanya terlambat
Salam. Boleh saya tau sape dlm gmbr ni? Macam kenal..
ReplyDelete