Selamat Datang ke Blog araaz 2012 Blog apa saja yg difikirkan... Versi Hitam Putih :)
Apa saja yang difikirkan & Dari LENSA araaz....................: 0 8 produk Samsung Yang Perlu Diharamkan

0 8 produk Samsung Yang Perlu Diharamkan



SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarailapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaranApple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

 Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

 Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. – AP

No comments:

Post a Comment

Popular Posts