Selamat Datang ke Blog araaz 2012 Blog apa saja yg difikirkan... Versi Hitam Putih :)
Apa saja yang difikirkan & Dari LENSA araaz....................: Air Mata Seorang Lelaki.. BILA IA JATUH

Air Mata Seorang Lelaki.. BILA IA JATUH


Air Mata Seorang Lelaki.. BILA IA JATUH...

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak

No comments:

Post a Comment

Popular Posts